Bunga lah padi bunga kiambang
Buat hiasan di taman bunga
Buah hati kekasih orang
Hamba menumpang gembira saja
Selamat Pagi ,
Sambil bersarapan sempat mendengar pantun budi yg dinyanyikan SM SALIM..lagu lama tapi menyegarkan pagi ku..
Apa khabar anak-anak ku, kaknga dan along yang berada di Shah Alam dan KL..senyap , mungkin sibuk dengan kelas dan kawan-kawan...Tunggu bila duit dah kurang baru ada yang call mama dan papa kot..dah boleh agak sangat perangai masing-masing...yang di rumah lain kerenahnya..
Sorang nak ambil PMR tahun ni , asyik dengan handphone ke sana sini..bila tengok , buku di tangan tapi mulut menyanyi..pening.! boleh ke dia abis belajar 8 subjek tu ....takut betul bila fikirkan banyak yang nak baca..
Seorang lagi nak UPSR, adalah usaha sikit..nampak juga arah tujunya tapi tak tahu nak kata lagi ..perangai tak jauh beza dari kakciknya.. .Yang penting target untuk 5A tu ada..
Lain pula anak lelaki kecilku , yang paling manja sibuk sangat bersukan,dia paling gemar bila berbual tentang bola dan badminton...tanya lah apa saje pasti tepat jawapannya., dia pernah bertanya mengapa SJKC takde padang bola, nak buat camana dah sekolah cina..pingpong,bola tampar dan badminton adalah mainan resmi mereka, tak seperti Sekolah Kebangsaan semua aktiviti lengkap.pengaruh kuat anak ku siapa lagi kalau bukan Papa..
Apapun doa mama sentiasa bersamamu sayang...mama nak tenguk semua anak mama berjaya dgn cemerlang dan jadi anak bangsa yang berguna..Amin.