Suatu ketika dulu Lukmanul Hakim sahabat nabi pernah berpesan kepada anak-anak nya....
Anak-anak ku,
Ketahui lah orang yang merasa dirinya rendah diri dan hina dalam ibadah serta taat pada allah maka orang itu bertawaduk dan lebih dekat dengan allah dan terhindar dari maksiat.
Seandainya ibubapa memarahi kamu kerana kesilapan yang dilakukanmu maka marahnya ibubapa terhadap kamu bagaikan baja untuk tanam-tanaman..
Bila mana engkau mahu mencari kawan sejati,tempatkan dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.
Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.sejuklah hati dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya ,bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
Anak yang soleh adalah anak-anak yang beriman, punyai akhlak yang baik,menghormati kedua ibubapa dan guru,serta orang yang lebih tua darinya.Terakhirnya sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa semasa hidup dan telah meninggal dunia.
Jantung hati ku

